PENDAHULUAN
1.1.
Dengan
terlaksananya Sistem Saraan Malaysia, semua pegawai baru Perkhidmatan Awam
diwajibkan mengikuti Kursus Induksi sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Peraturan ini berkuat kuasa bagi mereka yang
mula berkhidmat pada 1 Januari 1992 dan seterusnya.
1.2.
KISSM
bagi guru-guru dalam perkhidmatan akan diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan
Guru (BPG). Pelaksanaan dan pengelolaan
dijalankan oleh 16 buah JPN. Manakala
bagi guru-guru praperkhidmatan, pelaksanaan dan pengelolaan dijalankan oleh Institut
Pendidikan Guru (IPG) di 27 buah IPG.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) pula merupakan urus setia
KISSM Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) di mana pelaksanaan dan pengelolaan KISSM
PBG dibuat dengan kerjasama JPN.
1.3.
KISSM
mengandungi dua modul:
1.3.1.
Modul Umum:
Kandungan kursusnya sama dan seragam bagi semua
perkhidmatan.
1.3.2.
Modul Khusus:
Kandungan kursusnya disesuaikan mengikut keperluan
perkhidmatan/kementerian.
MATLAMAT
Matlamat Kursus
Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai
kerajaan yang beriltizam dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas serta
dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
Pegawai-pegawai ini juga diharap dapat menyesuaikan diri dengan
organisasi dan budaya kerja di tempat mereka bertugas.
OBJEKTIF
KISSM adalah
bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
3.1.
Memberi
pendedahan yang sama kepada semua anggota Perkhidmatan Awam mengenai sejarah
negara, dasar utama kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara;
3.2.
Memberi
penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan
dan pekeliling-pekeliling serta panduan-panduan Kerajaan;
3.3.
Memberi
kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-keperluan asas dan khusus
bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi; dan
3.4.
Memupuk
nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam Perkhidmatan
Awam.
4.1.
Kaedah
baru ini masih lagi mengikut ketetapan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2005,
tempoh KISSM Kumpulan I telah ditetapkan seperti jadual berikut:
Jadual
1: Tempoh
pelaksanaan KISSM Kumpulan I
Modul
|
Bilangan
Hari
|
Bilangan
Jam
|
Tempoh Modul Khusus
|
3 hari 2 malam
|
10 Jam
|
Tempoh Modul Umum
|
Pembelajaran kendiri melalui cakera
padat (CD) yang meliputi 44 jam
|
Mengikut masa anggota
|
4.2.
Kaedah
pelaksanaan Modul Khusus masih kekal tetapi kaedah pelaksanaan Modul Umum
diubah kepada sesi pembelajaran kendiri CD yang dibekalkan. Keseluruhan modul ini disingkatkan jumlah
harinya.
TEMPAT KISSM
Modul Khusus
akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di premis kerajaan/swasta secara ‘face to face’ manakala bagi Modul Umum,
interaksi ‘face to face’ diganti
dengan kaedah sesi pembelajaran kendiri melalui CD ynag dibekalkan. CD tersebut merangkumi 13 tajuk kursus yang
akan diagihkan kepada semua calon yang berdaftar. Dalam tempoh berkenaan, calon dikehendaki
belajar melalui CD yang diedarkan, menyediakan kertas Tugasan Individu dan
melengkapkan maklumat borang pemerhatian untuk diserahkan kepada Ketua Jabatan
bagi tujuan Penilaian Sepanjang Kursus(PSK).
PELAKSANAAN KISSM
6.1.
Sukatan Modul Khusus KISSM:
Jumlah Jam Syarahan
Untuk Setiap Subjek
Jadual 2:
Modul
Khusus KISSM Kumpulan I
Bil.
|
Subjek
|
Tempoh
Waktu
(Jam)
|
1
|
Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia
|
2
|
2
|
Wawasan, Komuniti dan Dasar-dasar Pendidikan
|
2
|
3
|
Emotional Intelligence Competencies
|
2
|
4
|
Keselamatan dan Perundangan Sekolah
(Akta Pendidikan 1996
Pindaan 2002)
|
2
|
5
|
Akauntabiliti / Refleksi
|
2
|
Jumlah
|
10
|
6.2.
Sukatan Modul Umum KISSM:
Jumlah Jam Syarahan
Untuk Setiap Subjek
Jadual 3:
Modul
Umum KISSM Kumpulan I
Bil.
|
Subjek
|
Tempoh
Waktu
(Jam)
|
1
|
Perintah Am
|
6
|
2
|
Arahan Keselamatan
|
2
|
3
|
Panduan Pengurusan Pejabat
|
4
|
4
|
PKPA
(Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam)
|
4
|
5
|
Dasar-Dasar
Kerajaan
|
6
|
6
|
Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan
|
2
|
7
|
Sistem Perakaunan Kerajaan
|
2
|
8
|
Pembelian dan Perolehan Harta Awam
|
4
|
9
|
Belanjawan Negara
|
2
|
10
|
Pengurusan Am
|
2
|
11
|
Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan
|
2
|
12
|
Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
|
2
|
13
|
Pengurusan Integriti
|
6
|
Jumlah
|
44
|
ASAS PENILAIAN
Penilaian Modul
Umum KISSM bagi Kumpulan I adalah dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 JPA 241/46 Jld. 4 (68) bertarikh 31 Julai
1992. Penilaian tersebut adalah seperti
berikut:
7.1.
Kumpulan I:
·
Penilaian
Sepanjang Kursus (PSK) =
60%
·
Ujian
Akhir Kursus (UAK) =
40%
7.1.1.
Penilaian Sepanjang Kursus (PSK) = 60%
Wajaran bagi PSK adalah berdasarkan:
·
Pemerhatian = 20%
·
Tugasan
Individu =
20%
·
Tugasan
Kumpulan = 20%
7.1.2.
Pemerhatian (20%)
Jadual
4: Komponen Penilaian Pemerhatian PSK
KISSM Kumpulan I
CIRI
|
MARKAH
|
Disiplin
|
8
|
Penyesuaian diri
|
3
|
Inisiatif dan tanggungjawab
|
3
|
Penyertaan dan kerjasama
|
3
|
Kepimpinan
|
3
|
Jumlah
|
20
|
7.1.3.
Tugasan Individu (20%)
Calon dikehendaki menyediakan satu (1) Tugasan Individu
berdasarkan tajuk seperti di Jadual 5 di bawah:
Jadual
5: Pilihan tajuk Tugasan Individu untuk
calon KISSM Kumpulan I
TAJUK
|
||
1. Panduan
Pengurusan Pejabat
|
2. Nilai Murni dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam
|
3. Perintah Am
|
Perincian pemarkahan untuk Tugasan Individu adalah
seperti Jadual 6 berikut:
Jadual 6:
Perincian
Pemarkahan untuk Tugasan Individu KISSM Kumpulan I
BIL.
|
KRITERIA
|
MARKAH
|
1
|
Kandungan
|
8
|
2
|
Keaslian
|
4
|
3
|
Rumusan
|
4
|
4
|
Penghasilan
Produk
|
4
|
Jumlah
|
20
|
7.1.4.
Tugasan Kumpulan (20%)
Calon dikehendaki menyediakan satu (1) Tugasan Kumpulan
berdasarkan tajuk seperti di Jadual 7 di bawah:
Jadual
7: Pilihan tajuk Tugasan Kumpulan untuk
calon KISSM Kumpulan I
TAJUK
|
|||
1. PKPA
|
2. Dasar Kerajaan
|
3. Pengurusan Am
|
4. Pengurusan Kewangan
|
Perincian pemarkahan untuk Tugasan Kumpulan adalah
seperti Jadual 8 di bawah:
Jadual 8:
Perincian
Pemarkahan untuk Tugasan Kumpulan KISSM Kumpulan I
BIL.
|
KRITERIA
|
MARKAH
|
1
|
Kandungan
|
8
|
2
|
Penglibatan
Ahli Kumpulan
|
6
|
3
|
Rumusan
|
4
|
4
|
Penghasilan
Produk
|
2
|
Jumlah
|
20
|
7.1.5.
Ujian Akhir Kursus (UAK)
Ujian Akhir Kursus (UAK) dijalankan setelah calon tamat
mengikut Modul Khusus dan Modul Umum.
Bentuk Kertas UAK adalah seperti Jadual 9 di bawah:
Jadual
9: Perincian Kertas UAK KISSM Kumpulan I
BENTUK
KERTAS UAK
|
|
Seksyen A
(Masa: 40 minit)
|
Bentuk
Objektif
(Aneka Pilihan)
40 soalan : 40 markah
|
Seksyen B
(Masa: 2 jam 30
minit)
|
Bentuk
Subjektif
(Esei)
8 soalan : 60 markah
Jawab 2 soalan daripada Bahagian 1
dan 2 soalan daripada Bahagian 2
|
7.2.
Syarat Lulus Modul Umum KISSM
7.2.1.
Bagi
membolehkan calon diiktiraf lulus Modul Umum KISSM, calon dikehendaki mencapai
tahap 50% bagi kedua-dua komponen iaitu komponen Penilaian Sepanjang Kursus
(PSK) dan komponen Ujian Akhir Kursus (UAK) yang dinilai secara berasingan bagi
calon KISSM Kumpulan I.
7.2.2.
Walau
bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu Lembaga Panel Penilaian Induk KISSM KPM
berhak menentukan tahap kelulusan mengikut peratusan tertentu berdasarkan
prestasi semasa calon.