Selasa, 2 Oktober 2012

Maklumat umum kissm

          PENDAHULUAN

1.1.        Dengan terlaksananya Sistem Saraan Malaysia, semua pegawai baru Perkhidmatan Awam diwajibkan mengikuti Kursus Induksi sebelum mereka disahkan dalam jawatan.  Peraturan ini berkuat kuasa bagi mereka yang mula berkhidmat pada 1 Januari 1992 dan seterusnya.

1.2.        KISSM bagi guru-guru dalam perkhidmatan akan diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).  Pelaksanaan dan pengelolaan dijalankan oleh 16 buah JPN.  Manakala bagi guru-guru praperkhidmatan, pelaksanaan dan pengelolaan dijalankan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) di 27 buah IPG.  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) pula merupakan urus setia KISSM Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) di mana pelaksanaan dan pengelolaan KISSM PBG dibuat dengan kerjasama JPN.

1.3.        KISSM mengandungi dua modul:

1.3.1.          Modul Umum:
Kandungan kursusnya sama dan seragam bagi semua perkhidmatan.

1.3.2.          Modul Khusus:
Kandungan kursusnya disesuaikan mengikut keperluan perkhidmatan/kementerian.

MATLAMAT

Matlamat Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) adalah untuk melahirkan pegawai-pegawai kerajaan yang beriltizam dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas serta dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.  Pegawai-pegawai ini juga diharap dapat menyesuaikan diri dengan organisasi dan budaya kerja di tempat mereka bertugas.
   
OBJEKTIF


KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

3.1.        Memberi pendedahan yang sama kepada semua anggota Perkhidmatan Awam mengenai sejarah negara, dasar utama kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara;

3.2.        Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-panduan Kerajaan;

3.3.        Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi; dan

3.4.        Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam Perkhidmatan Awam.

 TEMPOH KISSM


4.1.        Kaedah baru ini masih lagi mengikut ketetapan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2005, tempoh KISSM Kumpulan I telah ditetapkan seperti jadual berikut:

Jadual 1:  Tempoh pelaksanaan KISSM Kumpulan I
Modul
Bilangan Hari
Bilangan Jam
Tempoh Modul Khusus
3 hari 2 malam
10 Jam
Tempoh Modul Umum
Pembelajaran kendiri melalui cakera padat (CD) yang meliputi 44 jam
Mengikut masa anggota


4.2.        Kaedah pelaksanaan Modul Khusus masih kekal tetapi kaedah pelaksanaan Modul Umum diubah kepada sesi pembelajaran kendiri CD yang dibekalkan.  Keseluruhan modul ini disingkatkan jumlah harinya.
   
          TEMPAT KISSM

Modul Khusus akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di premis kerajaan/swasta secara ‘face to face’ manakala bagi Modul Umum, interaksi ‘face to face’ diganti dengan kaedah sesi pembelajaran kendiri melalui CD ynag dibekalkan.  CD tersebut merangkumi 13 tajuk kursus yang akan diagihkan kepada semua calon yang berdaftar.  Dalam tempoh berkenaan, calon dikehendaki belajar melalui CD yang diedarkan, menyediakan kertas Tugasan Individu dan melengkapkan maklumat borang pemerhatian untuk diserahkan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan Penilaian Sepanjang Kursus(PSK).


PELAKSANAAN KISSM

6.1.        Sukatan Modul Khusus KISSM:
Jumlah Jam Syarahan Untuk Setiap Subjek

Jadual 2: Modul Khusus KISSM Kumpulan I
Bil.
Subjek
Tempoh Waktu
(Jam)
1
Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia
2
2
Wawasan, Komuniti dan Dasar-dasar Pendidikan
2
3
Emotional Intelligence Competencies
2
4
Keselamatan dan Perundangan Sekolah
(Akta Pendidikan 1996  Pindaan 2002)
2
5
Akauntabiliti / Refleksi
2

Jumlah
10

6.2.        Sukatan Modul Umum KISSM:
Jumlah Jam Syarahan Untuk Setiap Subjek

Jadual 3: Modul Umum KISSM Kumpulan I
Bil.
Subjek
Tempoh Waktu
(Jam)
1
Perintah Am
6
2
Arahan Keselamatan
2
3
Panduan Pengurusan Pejabat
4
4
PKPA (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam)
4
5
Dasar-Dasar Kerajaan
6
6
Pengenalan Kepada Pengurusan Kewangan
2
7
Sistem Perakaunan Kerajaan
2
8
Pembelian dan Perolehan Harta Awam
4
9
Belanjawan Negara
2
10
Pengurusan Am
2
11
Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan
2
12
Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
2
13
Pengurusan Integriti
6

Jumlah
44

   
ASAS PENILAIAN

Penilaian Modul Umum KISSM bagi Kumpulan I adalah dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 JPA 241/46 Jld. 4 (68) bertarikh 31 Julai 1992.  Penilaian tersebut adalah seperti berikut:

7.1.        Kumpulan I:
·         Penilaian Sepanjang Kursus (PSK)                      = 60%
·         Ujian Akhir Kursus (UAK)                                     = 40%

7.1.1.          Penilaian Sepanjang Kursus (PSK)       = 60%
Wajaran bagi PSK adalah berdasarkan:
·         Pemerhatian                                         = 20%
·         Tugasan Individu                                  = 20%
·         Tugasan Kumpulan                              = 20%

7.1.2.          Pemerhatian (20%)

Jadual 4: Komponen Penilaian Pemerhatian PSK KISSM Kumpulan I
CIRI
MARKAH
Disiplin
8
Penyesuaian diri
3
Inisiatif dan tanggungjawab
3
Penyertaan dan kerjasama
3
Kepimpinan
3
Jumlah
20

7.1.3.          Tugasan Individu (20%)

Calon dikehendaki menyediakan satu (1) Tugasan Individu berdasarkan tajuk seperti di Jadual 5 di bawah:

Jadual 5: Pilihan tajuk Tugasan Individu untuk calon KISSM Kumpulan I
TAJUK
1.  Panduan Pengurusan Pejabat
2.  Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam
3.  Perintah Am
Perincian pemarkahan untuk Tugasan Individu adalah seperti Jadual 6 berikut:

Jadual 6: Perincian Pemarkahan untuk Tugasan Individu KISSM Kumpulan I
BIL.
KRITERIA
MARKAH
1
Kandungan
8
2
Keaslian
4
3
Rumusan
4
4
Penghasilan Produk
4
Jumlah
20


7.1.4.          Tugasan Kumpulan (20%)

Calon dikehendaki menyediakan satu (1) Tugasan Kumpulan berdasarkan tajuk seperti di Jadual 7 di bawah:

Jadual 7: Pilihan tajuk Tugasan Kumpulan untuk calon KISSM Kumpulan I
TAJUK
1.  PKPA
2.  Dasar Kerajaan
3.  Pengurusan Am
4.  Pengurusan Kewangan

Perincian pemarkahan untuk Tugasan Kumpulan adalah seperti Jadual 8 di bawah:

Jadual 8: Perincian Pemarkahan untuk Tugasan Kumpulan KISSM Kumpulan I
BIL.
KRITERIA
MARKAH
1
Kandungan
8
2
Penglibatan Ahli Kumpulan
6
3
Rumusan
4
4
Penghasilan Produk
2
Jumlah
20
7.1.5.          Ujian Akhir Kursus (UAK)

Ujian Akhir Kursus (UAK) dijalankan setelah calon tamat mengikut Modul Khusus dan Modul Umum.  Bentuk Kertas UAK adalah seperti Jadual 9 di bawah:

Jadual 9: Perincian Kertas UAK KISSM Kumpulan I
BENTUK KERTAS UAK
Seksyen A
(Masa:  40 minit)
Bentuk
Objektif (Aneka Pilihan)
40 soalan : 40 markah
Seksyen B
(Masa:  2 jam 30 minit)
Bentuk
Subjektif (Esei)
8 soalan : 60 markah
Jawab 2 soalan daripada Bahagian 1 dan 2 soalan daripada Bahagian 2

7.2.        Syarat Lulus Modul Umum KISSM

7.2.1.          Bagi membolehkan calon diiktiraf lulus Modul Umum KISSM, calon dikehendaki mencapai tahap 50% bagi kedua-dua komponen iaitu komponen Penilaian Sepanjang Kursus (PSK) dan komponen Ujian Akhir Kursus (UAK) yang dinilai secara berasingan bagi calon KISSM Kumpulan I.

7.2.2.          Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu Lembaga Panel Penilaian Induk KISSM KPM berhak menentukan tahap kelulusan mengikut peratusan tertentu berdasarkan prestasi semasa calon.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan