Selasa, 2 Oktober 2012

EDU3109



1.0       FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA TEKANAN EMOSI GURU  
1.1       Beban kerja yang terlalu banyak
Selain tugas mendidik dan menyediakan bahan P&P, guru juga melakukan pelbagai tugas yang lain seperti tugas-tugas pentadbiran sekolah, merancang dan menjalankan program serta aktiviti kokurikulum, menyediakan kertas soalan, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan sebagainya. Ini menunjukkan bebanan kerja seorang guru adalah tinggi kerana terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum, pentadbiran serta tugas peribadi sekaligus pada setiap hari. Tambahan pula, terdapat kerja-kerja guru dibawa balik ke rumah seperti menyemak hasil kerja murid, menyediakan rancangan pengajaran harian serta menyediakan bahan P&P. Tugas ini menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama dengan keluarga seterusnya akan berasa tertekan sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan mereka berakhir (Azrul Hisham, 2009).  Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan.

1.2       Persekitaran tempat kerja
Antara punca yang menyumbang kepada tekanan emosi guru ialah persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif. Menurut Choong Lean Keow (2009), ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Tambahan pula, kemudahan di sekolah tidak mencukupi untuk keperluan P&P sehingga guru terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri juga boleh menyebabkan guru bertambah tertekan.


            1.3       Ibu bapa meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian anak-
anak mereka

Selain berhadapan dengan pelajar yang bermasalah, guru juga berhadapan dengan karenah ibu bapa yang meletakkan harapan yang tinggi kepada guru-guru untuk mengajar anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Oleh itu, guru terpaksa menghabiskan banyak masa di sekolah untuk mengadakan kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti akademik terhadap anak didik mereka (Berita Minggu, 2007). Keadaan ini menyebabkan guru-guru berasa tertekan kerana kadang kala harapan ibu bapa tidak dapat dipenuhi sehingga mereka meletakkan semua kesalahan atas bahu guru.

1.4       Disiplin pelajar yang sangat teruk
Antara faktor utama yang menyumbang kepada tekanan emosi guru ialah masalah disiplin pelajar sekolah semakin meningkat. Masalah disiplin pelajar termasuklah memaki hamun orang lain termasuk guru mereka dengan kata-kata kesat, membuli pelajar lain, melanggar peraturan sekolah, bergaduh dan sebagainya. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, mereka akan sentiasa teringatkan sikap dan perlakuan pelajar sebegini sehingga menimbulkan perasaan geram dan marah terhadap pelajar. Menurut Jesus dan Conboy (2001) dalam Azrul Hisham bin Abdul Manaf (2009), kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar yang bermasalah. Apabila guru berhadapan dengan perkara sebegini setiap kali memasuki kelas, maka guru akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Tambah lagi sekiranya pelajar-pelajar ini melawan dan tidak mendengar arahan guru. Ini akan menyebabkan guru mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti memukul, menampar, mencubit dan sebagainya.

2.0       TINDAKAN YANG DILAKUKAN SUPAYA TIDAK MENGALAMI TEKANAN
EMOSI

2.1             Menjadikan murid/pelajar sebagai rakan baik kita
                  Salah satu cara saya tindakan yang saya lakukan supaya tidak tergolong dalam kategori guru yang mengalami tekanan emosi ialah menjadikan murid saya sebagai rakan baik mereka. Oleh kerana punca utama tekanan emosi guru adalah datang daripada murid-murid, lebih baik sekiranya saya merapatkan diri kita dengan anak murid saya. Dengan cara ini, saya dapat berbincang dan bercerita secara terbuka dengan mereka tentang masalah-masalah yang dihadapi. Sekiranya murid-murid merasakan guru adalah sahabat mereka, secara tidak langsung mereka dapat berkongsi apa sahaja masalah mereka. Saya juga dapat menasihati mereka sekiranya saya mendapati tindakan mereka salah dan melanggar peraturan sekolah. Sekiranya saya tidak mempunyai masalah dengan murid-murid, maka masalah tekanan emosi saya yang berkaitan dengan tingkah laku murid juga berkurangan.

                  2.2             Meluangkan masa untuk riadah dan mengambil angin
                  Selain itu, salah satu cara yang akan saya ambil untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan emosi ialah beriadah sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Riadah ini boleh dilakukan pada hujung minggu atau pada waktu petang. Selain itu, sekiranya terdapat cuti panjang, saya akan bercuti untuk mengambil angin di tempat yang tertentu. Sudah semestinya kita perlukan rehat setelah sekian lama bekerja tanpa henti dan tidak salah sekiranya kita meninggalkan kerja buat seketika. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, secara tidak langsung, fikiran kita akan menjadi tenang dan ini dapat mengelakkan emosi saya tertekan.

2.3             Berbincang masalah dengan rakan sekerja
                  Selain membina hubungan yang baik dengan rakan sekerja, saya juga akan berbincang segala masalah saya yang berkaitan dengan sekolah dengan rakan sekerja saya. Saya dapat meluahkan segala emosi saya dengan mengadakan sedikit perbincangan dengan mereka di samping mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tersebut. Jika saya dapat berbincang dengan mereka bahawa banyak kerja yang perlu saya siapkan, mereka dapat membantu  saya menyelesaikan kerja saya di samping member cadangan-cadangan yang bernas tentang tugasan tersebut. Ini sekaligus dapat mengelakkan saya daripada tertekan.

2.4             Mengurus masa dengan baik
                  Kita biasanya rasa terbeban dengan kerja kerana terpaksa menyiapkan beberapa kerja dalam masa yang sama. Kerja yang asyik ditangguhkan turut membebankan kita kerana masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk kita menyiapkan kerja tersebut tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan. Untuk mengelakkan saya daripada tertekan, saya akan belajar untuk mengurus masa dengan baik dan menyiapkan kerja yang diberikan lebih awal dan tidak menunggu masa yang sepatutnya. Walaubagaimanapun, saya tidak akan bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Tugas-tugas yang ada hendaklah dibahagikan sama rata dengan rakan sejawat yang lain supaya kerja-kerja tersebut tidak akan disiapkan oleh saya seorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan